Thursday, 28 June 2012

Refleksi Mingguan 1

Saya sangat gembira kerana mereka.
Saya sangat rindu akan mereka. 
Kerana mereka, 
hidup saya menjadi lagi menarik.

Antara mereka mempunyai kawan-kawan dari tadika, sekolah rendah dan yang ada berkenal semasa berada di sekolah menengah. Kami mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi jodohlah yang telah menjadikan kami sebagai kawan baik. 

Masih ingat hari itu sebelum balik dari hari cuti, kawan-kawan telah merancang untuk menyambut hari jadi saya. Saya sangat gembira kerana sambutan tidak berhenti selama kami berkawan. Sebenarnya, saya sangat terharu akan perbuatan mereka. Saya sungguh bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya segolongan kawan yang baik seperti ini.

Sekarang, saya selalu teringat mereka walaupun berada di KL dan mereka yang masih belajar di kampung saya. Walaubagaimanapun, saya selalu balik ke kampung supaya dapat berjumpa dengan mereka. Berharaplah masa kami berjumpa itu akan berlalu dengan lambat sikit supaya boleh bercakap dengan lama.

Kawan, rindulah masa kami berjumpa, tunggulah saya balik :D


Thursday, 21 June 2012

Refleksi kuliah EQ 1

Inilah pertama kali saya menulis blog. Sebab untuk membuka blog ini kerana atas permintaan pensyarah subjek kercerdasan emosi. Saya berasa agak menarik kerana tidak pernah diminta untuk buat demikian. Saya agak suka akan cara pembelajaran seperti ini kerana boleh mengongsikan apa-apa sahaja yang tidak dapat diluahkan secara bersemuka. Berasa gembira untuk menulis blog ini dan barulah saya mendapati bahawa agak menarik untuk menghiasi blog ini.