Wednesday, 8 August 2012

Refleksi kuliah EQ 4

Minggu ini kami mengadakan kelas di bilik mikro.
Kuliah diadakan dengan mengulang tajuk minggu lepas.
Dengan ini,saya dapat mengimbas kembali apa-apa yang dibelajari.
Kuliah yang selama sejam sahaja ini tetapi bermakna.
Saya amat berharap bahawa kuliah selepas ini boleh berbincang tentang tajuk tersebut dengan lebih mendalam.

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi kuliah EQ 3

Hari ini, pensyarah telah mengajar lebih selanjutnya dengan menerangkan SQ iaitu
SPIRITUAL!!!

Selama 1 jam masa kuliah ini adalah sangat menarik.
Penerangan dari puan sangat jelas dan saya berpendapat bahawa
[Seorang yang mempunyai SPIRITUAL adalah lebih baik daripada seorang yang hanya menjadi orang yang sia-sia]

Hal ini kerana,
SPIRITUAL merujuk kepada seorang yang mempunyai roh.
Hanya roh yang boleh diwujudkan selama-lamanya.
DAN
roh tidak akan hilang walaupun kulit kita sudah mengalami kematian.

Selain itu,
saya juga baru difahamikan bahawa sebab kanak-kanak yang berumur 0-7 mudah dipengaruhi.
Hal tersebut disebabkan kerana tapisan mereka masih tidak kuat lagi, 
Dengan ini, maklumat dan perkara yang sama ada baik atau tidak baik tidak dapat ditapiskan.
Oleh demikian, kanak-kanak yang berada di lapisan ini perlu baik diajar dan memberi perhatian terhadap mereka supaya tabiat buruk tidak akan diterapkan.

Hal-hal ini adalah ilmu baru kepada saya.
Saya amat berterima kasih atas penerangan pensyarah yang begitu jelas.

Saya sangat 

Thursday, 26 July 2012

Refleksi kuliah EQ 2

Minggu ini, kelas K.E telah mengajar IQ, EQ dan SQ. 
IQ = fikiran
EQ = perasaan
SQ = roh

Dengan ini,
saya telah tahu perbezaan antara " spiritual being " dan " human being ".

SPIRITUAL BEING
seseorang yang bukan hanya tubuh tetapi berfikiran luar biasa.

HUMAN BEING
seseorang yang mementingkan kekayaan, dan tidak mempunyai tujuan kehidupan.

Friday, 20 July 2012

Refleksi Mingguan 4

Sudah selama 4 minggu berada di kampus.
Tetapi rasanya sudah sangat lama balik ke sini.

Tugasan pun bermula diagih oleh pensyarah.
Kesibukan akan menimbulkan kami semua.

Dengan masa lapang ini, berehat adalah pilihan yang paling bagus.
SEBAB...
Rehat Adalah Untuk Perjalanan Yang Selanjutnya =]

Friday, 13 July 2012

Refleksi Mingguan 3

Kelas seni telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya untuk melawat pesta floria. Pesta ini disambut dengan meriah, pelbagai aktiviti juga diadakan sepanjang pesta ini dilangsungkan. Pada mulanya, berasa sangat letih kerana perlu bangun pagi-pagi. Walaubagaimanapun, setelah menaiki bas, saya bermula mengambil gambar dengan kawan-kawan. Selepas 30min, kami pun sampai ke destinasi--Pesta Floria Putrajaya!!!

Saya agak terkejut dengan penghiasan daripada bunga-bunga itu. Kami juga mengambil banyak gambar selama kami melawat bahagian-bahagian pesta floria tersebut. Kami berkunjung dari pukul 8pagi hinggia 2 petang. Kami sangat seronok walaupun cuaca yang panas. 

Pada pukul 2 petang, kami naik bas lalu berehat. Kami mengumpulkan semua gambar yang telah diambil selepas itu dan bilangan itu memeranjatkan kami semua iaitu 1369!! Seronoknya!!! =]

jom,pergi!!!

saya suka aksi ini

ini bukan tepi pantai tapi dalam pesta tersebut


comelnya bola ini,sukanya C=

bunga-bunga,saya suka ^^

Thursday, 5 July 2012

Refleksi Mingguan 2

Sudah minggu ketiga untuk semester ketiga, selama hari ini tidak dapat balik ke kampung kerana aktiviti selalu berlaku pada hujung minggu. Sangat rindu akan ahli keluarga saya~

Walaubagaimanapun, saya haruslah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh di sini supaya tidak mengecewakan ibu bapa yang menyayangi saya.

Percayalah saya akan balik sewaktu hujung minggu yang tiada aktiviti kampus. Akan tetapi, saya sangat seronok semasa menyertai aktiviti kampus seperti larian IPG, latihan menari dan lawatan ke Putrajaya yang akan datang.

Ibu dan Ayah, saya rindumu~

Tuesday, 3 July 2012

Analisis dan Refleksi Video Clip Pilihan

            Inilah kali kedua saya menonton drama ini. Walaubagaimanapun tidak ada sedikit perasaan bosan pun. Drama ini sangat lucu dan membuat saya ketawa selama saya menontonnya.
Slot yang melibatkan EQ
            Melalui drama ini,saya juga mendapati kepentingan kawan. Farhan, Raju dan Rancho merupakan kawan baik semasa mereka belajar di universiti itu. Mereka bermain bersama, belajar dengan cara diri bersama malah juga selalu tolong-menolong antara satu sama lain. Walaupun telah menamat pengajian beberapa tahun, Farhan dan Raju juga tidak melupakan Rancho. Mereka sanggup perkara yang sedang dijalankan untuk berjumpa dengan Rancho yang telah hilang hubungan selama 5 tahun. Saya agak terharu dengan perkara ini.
Analisis Watak-watak dan Emosi yang Terlibat 
Watak Utama :
i) Farhan - seorang pemuda yang hanya mengikut arahan dari keluarga seterusnya melnajutkan pelajaran sebagai seorang engineer. Dia merupakan seorang yang mementingkan kawan contohnya, dia selalu mencari Rancho yang telah menghilangkan diri selepasnya menolong anak seorang pembesar menamatkan pengajian. Dia tidak berhenti mencari Rancho selama 10 tahun sehingga mendapat telefon yang mendapati mana Rancho berada.
ii) Raju - seorang pemuda yang berasal dari sebuah keluarga miskin dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi yang terkenal. Dia seorang yang mementingkan agama dan di merupakan kawan sebilik dengan Farhan serta kawan sekelas dengannya dan Rancho. Dia bersama-sama dengan Farhan selalu mencari Rancho setelah dia menghilangkan diri di hadapan mereka.
iii) Rancho/Phunsukh - seorang pemuda yang mementingkan kegembiraan kehidupan. Dia juga seorang yang bijak dan kreativiti. Contohnya, semasa waktu orientasi pelajar baru, Rancho menggunakan cara yang kreatif untuk membantah senior yang membulikannya. Dia merupakan seorang watak yang istimewa dan mempunyai perwatakan yang luar biasa. Dalam drama ini, dia, Farhan dan Raju menggambarkan semangat kawan sejati yang kukuh dan ini amat mengharukan penontonnya.
Watak Sampingan :
i) Chatur : seorang pelajar yang cerdik tetapi tidak seperti Rancho. Dia menghafal segala pengetahuan yang ada pada buku dan menjadi pelajar cemerlang. Dia suka memandang rendah ke atas mereka ketiga-tiga iaitu Rancho, Raju dan Farhan. Akhirnya, dia merendahkan diri sewaktu mendapati Rancho merupakan saintis yang berniaga dengannya.
ii) Profesor Viru : seorang yang enggan menerima pandangan orang lain. Dia tidak suka akan Rancho kerananya selalu membantahnya dalam kuliah.
iii) Anak perempuan Profesor Viru, Pia : seorang gadis yang cantik dan kekasih kepada Rancho. Walaubagaimanapun, ayahnya membantah mereka. Walaubagaimanapun dengan keusahaan diri mereka, berakhirlah mereka tetap bersama.
Sekiranya....
            Sekiranya saya salah satu watak dalam drama ini, saya akan memilih sebagai Rancho. Pada pandangan saya, saya sangat suka akan watak tersebut. Hal demikian kerana Rancho merupakan seorang yang berpendirian dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain. Dia selalu berfikir dengan kreatif. Dalam pelajaran kecerdasan emosi, kita juga belajar tentang menjadi kreativiti dengan EQ yang tinggi. Hal ini kerana kreativiti adalah dimensi pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran konvensional. Oleh yang demikian kreativiti berkehendakkan kita berfikiran positif, merdeka, tidak takut, ceria, terbuka dan sentiasa terbuka kepada idea dan pemikiran baru. Kepintaran emosi juga dapat membina individu yang sentiasa ingin belajar dan membuat perubahan menerusi kreativiti. Tanpa memiliki kepintaran emosi, kreativiti dengan sendirinya mengalami susuti nilai. Kepintaran emosi sekali gus memupuk dan menjana otak kana menerbitkan seberapa banyak idea-idea luar biasa.
            Di samping itu, saya gemar akan watak ini kerana dia mementingkan ilmu tetapi bukan sarjana. Dia saling membantu anak pembesar untuk menamatkan pengajian untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih tinggi. Pengorbanan yang dibuat olehnya pastinya tidak dapat dilaksanakan oleh sesiapa pada masa kini.
            Kesimpulannya, watak yang menimbulkan daya fikiran saya ini amat digemari. Hal ini kerana perwatakan yang dipersembahkannya adalah sangat luar biasa dan tidak mungkin wujud pada era ini.
Rumusan dari Perspektif Kompetensi EQ Personal dan Sosial
            Drama ini sangat ternilai untuk ditonton dan banyak nilai boleh diamalkan dari drama tersebut. Dari EQ personal, saya berpendapat bahawa watak-watak tertentu telah mempersembahkan watak yang beremosi tinggi. Mereka mengenal emosi, sebab, perkaitan, pengaruh dan kesannya yang berlaku pada diri sendiri. Mereka juga mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. Watak seperti Raja, Farhan dan Rancho juga berketerampilan dan berani menyuarakan pandangan, dan membuat keputusan. Ketiga-tiga mereka selalu berinovasi untuk menjana idea baharu dan maklumat baharu. Mereka juga bertanggungjawab pada prestasi diri sendiri. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa mereka berkemampuan untuk mengurus emosi yang distruktif.
            Dari Perspektif Kompetensi Sosial, Rancho berkemampuan mengenal pasti cara-cara yang sesuai untuk mengurus semua bentuk hubungan dengan orang lain. Dia juga sedar dan mengambil berat tentang perasaan orang alin dan kehendak perasaan tersebut. Dengan sifat empati, dia dapat mengesan perasaan orang lain, memahmi perspektif orang lain dan berminat untuk membatnu memenuhi keperluan tersebut. Contohnya, dia mencipta banyak barang yang tidak dapa di bandar Ladakh. Selain itu Rancho mampu menangani, mengenalpasti, dan memenuhi keperluan pelanggan seperti dia menangani masalah dengan Chatur.